PELAN GANJARANPELAN
GANJARAN Dwibarisan (Dual Line Compensation Plan) berdasarkan konsep
pembinaan dua pasukan yang mudah, iaitu satu pasukan kiri dan satu
pasukan kanan. Oleh sebab anda hanya perlu membina dua pasukan sahaja,
maka ia menjadi semakin menarik apablia ahli baru menyertai setiap
pasukan dari barisan ke barisan dan membantu lebih ramai orang
menikmati jumlah jualan dan mencipta lebih penjanaan (leverage) dalam
pelan ini. Ini akan membolehkan anda memperolehi komisen bukan sahaja
atas jualan peribadi sahaja tetapi juga atas jualan orang lain di bawah
barisan anda, tanpa kira siapa yang mencapai jualan itu, walaupun
mereka diletakkan di bawah barisan anda oleh upline anda. Apabila
anda menjadi seorang ahli dan mengadakan pesanan autoship untuk
sekurang-kurangnya satu Program Pemakanan Vemma, anda akan menerima
satu Pusat Perniagaan Vemma (VBC) dan laman web pemasaran percuma
dengan serta merta. Anda akan diletakkan secara automatik dalam salah
satu daripada dua kumpulan pendaftar (enroller) anda. Kemudian, anda
boleh menumpu perhatian untuk membina satu atau kedua-dua kumpulan anda
dan menikmati komisen limpahan ahli baru dan pelanggan yang didaftar
oleh upline anda.
Apa
yang hebat ialah Pelan Ganjaran Vemma membayar komisen kepada ahli pada
setiap minggu supaya anda berpeluang menerima bayaran anda pada setiap
minggu. Pesanan autoship akan mengaktifkan keahlian anda selama lima
minggu; iaitu pada minggu anda mengadakan pesanan dan empat minggu
berikutnya.
Pelan Ganjaran Dwibarisan yang unik memberikan tiga cara kepada anda untu k mencapai pendapatan seperti berikut : - Pendapatan Pembinaan Kumpulan ( Team Building Income) - Pendapatan Runcit (Retail Income) - Dana Bonus Global (Global Bonus Pool)
1. Pendapatan Pembinaan Kumpulan (Team Building Income)
Pendapatan
Pembinaan Pasukan dicapai dengan mempromosikan peluang Vemma. Untuk
membolehkan keahlian anda layak memperolehi pendapatan ini, anda hanya
perlu menyertai program autoship kami bagi sekurang-kurang satu Program
Pemakanan Vemma (60QV) dan melayakkan keahlian anda dengan mengadakan
satu ahli Vemma yang aktif di kumpulan kiri dan satu lagi di kumpulan
kanan anda. Ahli-ahli aktif di kedua-dua kumpulan kiri dan kanan mesti
mempunyai pesanan minimum sebanyak 60QV tetapi mereka tidak diwajibkan
untuk mempunyai keahlian yang layak. Bonus berikut merupakan
berbagai-bagai pendapatan Pembinaan Pasukan yang anda layak perolehi.
Instant Sponsor Bonus (Bonus Penaja Segera) Hanya
untuk jualan pertama, Penaja Upline Terus akan menerima Instant Sponsor
Bonus sebanyak USD$4 atas pembelian ahli baru mereka, termasuk
pembelian Family Pack. Pesanan berikutan akan dibayar dalam bentuk
Cycle Bonus yang sedia ada. Bonus ini tidak memerlukan ahli yang aktif
atau kelayakan keahlian. Namun demikian, seseorang Ahli perlu membuat
sesuatu pesanan pada satu ketika. Bonus ini akan dibayar kepada setiap
Ahli sekali sahaja dalam hidupnya. Fast Start Bonus (Bonus Permulaan Cepat) Pesanan Sebanyak 60QV Pendaftar
yang layak akan menerima Fast Start Bonus atas pesanan pertama daripada
ahli-ahli yang didaftar oleh mereka sendiri. Pendaftar layak mendapat
USD10 dolar atas 1 pek; USD20 atas 2 pek. Untuk memperolehi Bonus
Permulaan Cepat anda hendaklah menjadi ahli aktif dengan pesanan
sebanyak 60QV. Consistency Bonus (Bonus Konsistensi) Sebagai
Pendaftar, anda akan menerima Consistency Bonus seperti berikut atas
setiap pesanan yang dibuat oleh ahli yang anda daftarkan; USD$3
Consistency Bonus (satu program Pemakanan Vemma); USD$6 Consistency
Bonus (dua program Pemakanan Vemma), selagi anda menjadi ahli aktif
dengan 120QV dan layak dalam keahliaan anda. Mana-mana Consistency
Bonus yang dijanakan tetapi tidak layak diterima oleh Pendaftar
berkenaan akan ditambah kepada jumlah nilai kitar mingguan.
 Cycle Bonus (Bonus Kitar) Pada
hujung setiap tempoh jumlah jualan (mingguan), komputer Vemma akan
menyemak kumpulan kiri dan kanan anda dan jika terdapat tiga jualan
(180QV) dalam satu kumpulan dan enam jualan (360QV) dalam kumpulan
lain, maka anda akan layak menerima Cycle Bonus berjumlah kira-kira
USD$25 . Anda boleh menerima Cycle Bonus dengan banyak kali dalam satu
tempoh masa yang sama! Tetapi anda mesti pada keadaan aktif dan layak
dalam keahlian anda. Untuk memastikan akan mendapat bonus yang paling
tinggi, Vemma akan mencampurkan wang sebanyak 50% daripada yang
diborongkan kepada Dana Kitar pada setiap minggu.
 Cycle Bonus Bagi
setiap keahlian tidak dihadkan dan baki jualan yang belum dibayar
sebagai Cycle Bonus kepada ahli yang aktif tidak akan dibatalkan.
Setiap jualan 2 Pek akan dikira sebagai dua jualan Cycle Bonus. Setiap
jualan Pak Family akan dikira sebagai empat jualan dan setiap jualan
Pak Super Family akan dikira sebagai enam jualan.
Anda
tidak akan layak untuk menerima pendapatan sehingga anda telah
melayakkan keahlian anda dengan mempunyai seorang ahli Vemma aktif
dalam kumpulan kiri dan seorang lagi di dalam kumpulan kanan anda yang
anda memperkenalkannya sendiri. Namun demikian, mana-mana jualan yang
dicapai oleh kumpulan anda TIDAK akan dibatalkan dan akan disimpan
sehingga anda melayakkan keahlian anda selagi anda menjadi Ahli yang
aktif. Jika anda tidak layak dalam mana-mana minggu, maka jualan dari
minggu tersebut tidak akan dikumpulkan. Jika anda tidak aktif dalam 4
minggu secara berturut-turut, maka mana-mana jualan minggu yang
terkumpul akan dibatalkan. Jika anda tidak aktif dalam 24 minggu
berturut-turut maka keahlian anda akan ditamatkan.
Enroller Matching Bonus (Bonus Sepadan Pendaftar) Bonus
ini membolehkan anda layak menerima 10% Enroller Matching Bonus atas
Cycle Bonus Ahli-Ahli yang didaftar oleh anda sendiri. Untuk layak
menerima Enroller Matching Bonus ini anda hanya perlu menambah pesanan
Autoship bulanan anda sendiri kepada dua Program Pemakanan Vemma
(120QV) dan mempunyai empat orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang
anda daftarkan sendiri. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan
ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Dua orang Ahli
yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.
Second Tier Matching Bonus (Tahap Kedua Bonus Sepadan) Anda
bukan sahaja dapat memperoleh keuntungan daripada mereka yang anda
daftarkan, tetapi anda juga layak menikmati 10% bonus sepadan atas
Cycle Bonus seluruh Ahli yang anda daftarkan sendiri. Jika pesanan
Autoship peribadi anda terdiri daripada dua Program Pemakanan Vemma dan
anda mempunyai enam orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda
daftar sendiri, maka anda akan layak untuk menerima bonus ini. Dua
orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah
kiri dan kanan kumpulan.Empat orang Ahli yang lain boleh diletakkan di
mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.
Pemampatan Jika
Pendaftar tidak layak untuk mendapat Matching Bonus atau Second Tier
Matching Bonus, maka upline Pendaftar pertama yang layak akan menerima
Enroller Maching Bonus. Second Tier Matching Bonus akan diserah kepada
upline Pendaftar seterusnya yang layak. Enroller Matchning Bonus dan
Second Tier Matching Bonus tidak akan dimampatkan kepada orang yang
sama.
2. Pendapatan Runcit (Retail Income)
Bonus Konsumer Pendaftar
boleh mendapat bonus konsumer atas pembelian produk daripada konsumer
yang diperkenalkan oleh mereka. Peruntukan bonus konsumer bagi Taiwan
dan Malaysia adalah 20% daripada harga ahli atas penempahan pertama dan
seterusnya.

3. Dana Bonus Global (Global Bonus Pool)
3%
daripada keseluruhan jualan Vemma akan diperuntukkan sebagai bonus
kumpulan global yang berlangsung setiap 12 minggu bagi menggalak
pembinaan pasukan dan kerjasama sesama pemimpin. Untuk melayakkan diri
kamu menerima semua syer daripada bonus ini, bilangan Bonus Kitar anda
mesti mencapai atau melebihi syarat kitaran tertentu seperti yang
ditunjukkan di bawah. Setiap pangkat yang kamu tercapai dan
berkelayakan menerima bonus juga menghakkan kamu menerima satu syer
daripada pangkat yang sebelumnya. Ini membolehkan kamu berpeluang untuk
menerima sebahagian syer daripada pangkat lain.
Malahan,
dengan mencapai kitaran tertentu dalam tempoh empat minggu anda boleh
mencapai palbagai pangkat dan diperakukan sebagai pemimpin.


|
|