PROFIL SYARIKAT
VeMMA
adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan
nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang
ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu ialah pemimpin dalam industri
kesihatan dan mencapai jumlah jualan runcit yang melebihi USD$1 bilion
dolar. New
Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh
dipercayai dalam industri pemasaran rangkaian. New Vision beroperasi
dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford
Drive, Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat. Syarikat ini juga
mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 25,000 kaki
persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe, Arizona.
Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian (multilevel
marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama adalah
sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, New Vision
telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun. Malah,
yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar royalti hampir
USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat
menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.
Kedua-dua
New Vision dan VeMMA dimiliki oleh BK Boreyko dan adik perempuannya,
Karen dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah pemasar
rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini
sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu
ibu bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun
beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga
peringkat PS Direct. Apabila beliau berumur 30-an , beliau dan
keluarganya telah melancarkan pemasaran rangkaian generasi baru yang
dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan
keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit
kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan.
Misi
New Vision agak mudah, iaitu meningkatkan kualiti hidup keluarga dari
segi fizikal dan kewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini
telah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat
kepimpinan yang dinamik sehingga disifatkan sebagai 'kapal roket' oleh
majalah Success Magazine. Tidak lama kemudian, BK dan adiknya Jason
telah dihadiahi Anugerah Usahawan Cemerlang di Arizona oleh Ernst and
Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan syarikat mereka.
BK
bersyukur dengan setiap kejayaan dan restu yang dialami dan telah
menggunakan sumber peribadi dan syarikat untuk membantu mereka yang
kurang bernasib dengan menyumbang lebih daripada USD$2.5 juta dolar
kepada berbagai-bagai pertubuhan dan kegiatan amal seperti Habitat for
Humanity, Dream Centre, United Way, Yayasan Hutan Hujan dan Yayasan
Dottie Boreyko (untuk membantu golongan belia di bandar).
New
Vision telah memperkaya hidup beribu-ribu orang di Amerika Syarikat,
Kanada, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Australia dan New
Zealand. Syarikat yang mantap dan dihormati ini memberikan ketenangan
hati kepada Ahli Pasukan (pemimpin luar), Pemain Pasukan (kakitangan
Ibu Pejabat) dan Para Pelanggan kerana mereka sedar bahawa masa, tenaga
dan sumber yang dilabur oleh mereka di dalam New Vision pada hari ini
akan mendatangkan ganjaran kepada mereka pada hari esok.
VeMMA
ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran
rangkaian selama 10 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10
tahun yang akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang
anda untuk mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda
kebebasan dan keselesaan yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan
kukuh yang diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di
dalam industri pemasaran rangkaian. PROGRAM PEMAKANAN VEMMA
Barangkali antioksidan cecair yang paling berkesan di seluruh dunia
Manggis
yang dikenali sebagai Ratu Buah-Buahan telah diguna oleh pengamal
kesihatan di benua Asia sejak berkurun-kurun kerana faedah pemakanan
dan rasa enaknya. Dengan mencantumkan kuasa antioksidan manggis dengan
vitamin, zat mineral yang berpunca daripada tumbuhan , aloe vera dan
teh hijau, anda dapat mencapai satu asas pemakanan unggul, iaitu
Program Pemakanan VeMMA Essential for Life.
Seperti
dimaklum ramai, pengambil multivitamin dan zat mineral setiap hari
adalah penting untuk kesihatan sempurna pada jangka masa yang panjang.
Program Pemakanan VeMMA menyediakan rumusan cecair yang sungguh
berkesan dan menyediakan vitamin, zat mineral dan antioksidan yang anda
perlu untuk membina asas pemakanan yang kukuh. Setiap produk VeMMA adalah mudah diserap oleh badan (bioavailable) , lazat dan mudah diambil. Dalam
Program Pemakanan VeMMA ini, anda akan mendapat dua botol Mangosteen
Plus with Essential Mineral. Isikan gelas ukuran VeMMA anda (mengikut
sukatan yang ada pada botol) dengan Mangosteen Plus with Essential
Minerals sebagai minuman bertenaga anda pada setiap hari.


|
|